ADAKAH NABI ADAM MELAKUKAN MAKSIAT
  • Save

ADAKAH NABI ADAM MELAKUKAN MAKSIAT?

ADAKAH NABI ADAM MELAKUKAN MAKSIAT.

KEMUSYKILAN:

Al-Quran ada menyebutkan bahawa Nabi Adam telah melakukan maksiat apabila makan dari pohon terlarang. Bagaimanakah Nabi Adam boleh melakukan maksiat sedangkan baginda adalah seorang nabi?

DR. SOLAH MENJAWAB:

1- Dari segi zahir kita memahami bahawa Nabi Adam telah melakukan maksiat apabila makan dari pohon terlarang. Ini adalah berdasarkan firman Allah: “Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 121-122).

2- Selepas memakannya, Nabi Adam merasa menyesal lalu bertaubat kepada Allah. Lalu Allah mengampuninya. “Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.” (Surah Taha: 122).

3- Perlakuan maksiat Nabi Adam memakan dari pohon terlarang bukanlah secara sengaja tetapi kerana alpa dan terlupa. Ini berdasarkan firman Allah: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia terlupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.” (Surah Taha: 115)

4- Maksud ayat ini (Surah Taha: 115) adalah Allah telah berpesan kepada Nabi Adam agar tidak memakan dari pohon larangan dan mengingatkannya tentang sikap permusuhan iblis terhadapnya. Tetapi Nabi Adam telah terlupa pesanan Allah dan tidak mengingatinya.

5- Ayat Al-Quran juga telah menjelaskan bahawa Nabi Adam makan dari pohon tersebut secara tidak sengaja dan tanpa niat. Ini berdasarkan firman Allah: “Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh” (Surah Taha: 115). Maksud ayat ini adalah Nabi Adam tidak mempunyai keazaman untuk makan dari pohon tersebut dan tidak sengaja untuk melakukan larangan kerana baginda melakukannya secara tidak sengaja. Sifat lupa menafikan perlakuan secara niat atau sengaja!

6- Maksiat yang dilakukan oleh Nabi Adam adalah secara tidak sengaja dan bukanlah dilakukan dengan keinginan dan secara sengaja.

7- Apabila Nabi Adam teringat pesan Allah selepas memakannya, baginda lantas bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan dariNya. Lalu Allah ampunkan dosa baginda.

Wallahua’lam

– Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi

Petikan ini dibuat oleh Rahmat Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap