20200808 103010 0000
  • Save

KISAH RAWATAN GANGGUAN JIN DI RUMAH ORANG BUKAN ISLAM (Pengalaman kawan saya)

KISAH RAWATAN GANGGUAN JIN DI RUMAH ORANG BUKAN ISLAM (Pengalaman kawan saya)

Kisah kali ni mengisahkan sebuah keluarga berbangsa India yang mana keluarga ini diganggu oleh 19 ekor jin. Ketua keluarga ini merupakan seorang guru. Cikgu Ravi (bukan nama sebenar) sekeluarga berpindah masuk ke rumah baru setelah membelinya 2 tahun lalu. Beliau membuat ubahsuai rumah tersebut terlebih dahulu sebelum mendiami rumah barunya itu..

Lepas mendiami rumah itu, bermulalah episod penghuni rumah itu diganggu. Orang pertama yang diganggu adalah adik ipar dia. Kemudian diikuti bini cikgu ravi. Mak mertua dia dan last yang kena ganggu ni dia sendiri. Mulanya dia ingat perasaan dia saja. Mula-mula gangguan tu nampak macam kelibat-kelibat saja. Koi lama, koi lagi haru. Dok main pintu, main suis lampu, main pili ayaq… main flash tandas…
Yang dia tak tahan bila pinggan mangkuk selerak siap ada sisa makanan lagi. Barang dalam peti ais bercamuk kat luaq peti ais. Bermulalah episod berubat setelah 6 bulan diganggu.

Panggil sami hindu kat kuil yang berdekatan untuk buat ritual mengikut agama hindu kat rumah dia. Elok la 2 hari pastu jd balik. Panggil lagi sami tu untuk halau jin-jin ni. Serupa tu jugak. Elok la 2 3 hari pastu jadi pulak. Panggil tok bomoh melayu. Elok sat pastu jadi pulak.
Dia jadi buntu. Prestasi kerja dia menurun akibat gangguan ni. Cikgu Ravi tanya la ustaz kat sekolah dia kot-kot boleh bantu apa yang patut. Ustaz ni pon bantu la cikgu ravi. Tu pon tak jalan jugak. Semakin lama semakin teruk sampai badan dia ada kesan luka-luka kena cakar.

Dia tak tahan lagi… sehingga la dia tanya satu pengamal rawatan urutan dan bekam kat kawasan rumah dia. Pengamal tu habaq, dia kenai aku. Jadi dia pun bagi la nombor telefon aku kat cikgu ravi. Cikgu Ravi terus call aku minta aku bantu dia. Aku habaq esok malam aku pi umah dia.

Malam yang dijanjikan, aku pun pi ke rumah dia…dan dipelawa aku masuk umah dia…dan ada sikit la aku bagi tau kat dia supaya tak ada salah faham berlaku. Maklumlah orang islam pi berubat dirumah orang bukan Islam. Takut ada persepsi yang tidak baik berlaku nanti. Aku kata la kat dia, cikgu saya mai ni, saya nak bantu cikgu setakat saya mampu saja. Saja akan bantu selesaikan masalah cikgu mengikut kaedah islam, sebab saya orang Islam. Kat sini suka saya nak terangkan kat cikgu sekeluarga. Saya ni mai bukan nak minta cikgu masuk agama saya disebabkan saya setuju nak bantu cikgu. Ini adalah melibatkan kepercayaan dan agama masing-masing. Saya bantu cikgu sebab atas dasar berbuat baik sesama manusia. Semua agama menyuruh berbuat baik sesama manusia. Islam menyuruh semua umatnya buat lagu tu, dan saya percaya agama cikgu yakni agama hindu jugak suruh buat benda yang sama…

Kat sini jugak saya nak tanya cikgu kalau-kalau ada rakan-rakan cikgu yang sebangsa dengan cikgu mai tanya cikgu, mai marah cikgu sebab cikgu panggil saya mai ni. Maklum la saya ni orang melayu, agama saya islam… Satgi depa hamput cikgu dengan kata-kata yang kurang elok pulak dengan kata-kata macam ni. Awat tak ada orang lain ka yang hang nak panggil. Awat tak panggil sami kita ja, yang hang panggil orang melayu ni buat apa. Awat hang nak masuk agama dia ka.. Contoh kalau ada rakan-rakan cikgu tanya… apa cikgu nak jawab?… sebab hal ni sensitif juga cikgu… Cikgu ravi kata lagu ni ja kat aku.. Abang jangan risau.. Saya akan bagi tau macam mana abang terang kat saya.. kat bini saya.. Adik ipaq saya.. Mak mertua saya… Ni pak mertua saya pon ada… Pasai kita ni lain-lain agama. Tak salah kalau kita bantu sesama kita. macam abg kata la.. Agama kita masing-masing suruh buat baik sesama manusia… Saya rasa ini amat jelas la abang…. Dan kami semua amat berterima kasih sebab abang bagi pencerahan macam ni kat kami…

Aku pun minta izin untuk mulakan sesi merawat. Aku pon buat la. Memang aku nampak banyak jin-jin kat umah cikgu ravi. Aku pun halau la jin-jin tu… Marah la jin-jin ni.. Depa kata, rumah cikgu ravi ni tempat depa.. jadi depa takkan keluaq… Aku kata senang banyak la lagu tu…. Sedap ja mengaku kata tempat hangpa.. dia habis duit belambak beli rumah ni, senang-senang ja mengaku ni tempat hangpa… Baik.. kalau hangpa kata ni tempat hangpa.. rumah hangpa… Apa bukti kata tempat ni hangpa punya… Ada bukti… Cerita dia, kalau sapa tak boleh tunjuk bukti kata rumah ni rumah dia. Orang tu boleh keluaq dari sini… Cikgu ravi ketaq dahhh.. gilaaa… beli rumah mahal-mahal, tak pasai kena keluaq dari rumah ni, naya boleh… Aku tau apa yang cikgu ravi pikiaq… Aku kata cikgu tunjuk sat kunci pintu rumah ni semua sekali la… dari pagaq depan..grill..pintu masuk… Pintu bilik semua la..tunjuk sat kat saya… Saya nak tengok.. Betoi ka cikgu ada kunci rumah ni… dan cikgu try buka tutup sat kunci pintu-pintu ni semua… Cikgu ravi mula paham dah apa yang aku cuba sampaikan.. Dia pun buat la demo kunci dan buka lock pintu semua..

Aku pon kata la… depa ni ada kunci… Hangpa tunjuk la kunci… Ada kunci tempat ni kat hangpa.. Aku kata kat jin-jin tu… jin-jin tu kata kami tak dak kunci… Cerita dia, hangpa tak dak bukti tapi mengaku ni tempat dan rumah hangpa pasai apa… Ni cikgu ni tunjuk dah bukti ni tempat dia… La ni aku nak tanya hangpa takdak bukti yang kata ni tempat hangpa tapi dia ada bukti… Jadi tempat sapa punya?… Puak jin ni kata tempat cikgu ravi la… Jadi hangpa tak dak hak la nuhh… Syok banyak la tempat orang… orang ni susah payah teruk-teruk… Hangpa senang ja mengaku tempat hangpa… Hangpa tak dak bukti, la ni pi dok jauh-jauh, jangan mai dah.. Pi masuk pi ambik barang-barang hangpa, angkut perabih.. Depa pon nong nong masuk pi angkut barang-barang depa sambil dok nangeh2….
Aku kata… Hangpa pi la dok tang mana pun, janji bukan kat kawasan ni… Pi la tang lembah hujung bukit nuh ada perdu pokok besaq tu… Hangpa dok la kat sana nuh… jangan teringin-teringin mai sini dah nuh.. Lepas setengah jam, semua jin-jin tu pon takdak dah dalam rumah tu, pakat angkut perabih barang-barang depa.. Cikgu ravi pon rasa seronok la bila aku kata rumah dia dah clear dah…

Lepas sebulan dia call aku lagi… Aku tanya, ada gangguan lagi ka cikgu?.. Takdak dah abang… Selesa dah dok di rumah, takdak dah gangguan… Cuma saya nak jemput abang mai rawat rumah jiran saya, uncle cina yang selang 3 buah rumah dari rumah saya. Aku kata, kita buat apoiment dulu la cikgu nuh.. Sejak tu, cikgu ravi jadi agen aku untuk bangsa-bangsa lain seperti cina, singh dan bangsa india…

Post by: Rahmat Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap