Perkahwinan Dan Persoalannya
  • Save

PERKAHWINAN DAN PERSOALANNYA

Perkahwinan Dan Persoalannya

Untuk melengkapkan sebagai seorang Muslim dalam rumahtangga bahagia beberapa ilmu tambahan perlu dipelajari. Di antara ilmu itu ialah: Undang-undang Kekeluargaan dan Undang-undang Muamalat. Di sini saya hanya ingin menghuraikan tentang kekeluargaan, itupun di sudut keperluan semasa yang biasa dihadapi oleh para suami isteri.

Tujuan dan Hikmah berkahwin

– Mengikut Sunnah nabi dan rasul, sabda Rasulullah SAW.

Terjemahannya: Barang siapa yang membenci Sunnahku (iaitu berkahwin) maka dia bukanlah termasuk daripada golongan umatku.

– Untuk mendapatkan zuriat atau keturunan yang akan mewarisi amanah Allah untuk generasi akan datang.

– Untuk menghalalkan pergaulan yang haram.

– Untuk menjauhkan daripada perkara atau perbuatan maksiat, kemungkaran zina dan sebagainya.

– Untuk menyempurnakan sebahagian daripada agama Allah SWT. Pahala orang berkahwin 70 kali ganda daripada mereka yang tidak kahwin.

– Perkahwinan boleh menjadikan tenaga dan badan menjadi sihat dan cergas.

– Dapat menghubungkan atau merapatkan tali silaturrahim dengan keluarga lain.

Rukun Nikah

I. Pengantin lelaki (bakal suami)

II. Pengantin perempuan (bakal isteri)

III. Wali

IV. Dua orang saksi (lelaki)

V. Akad nikah (ijab dan qabul)

Setelah berlakunya ijab dan qabul maka rasmilah dua pengantin itu menjadi suami dan isteri. Ikatan itu dengan sendirinya memindahkan tanggungjawab bapa perempuan itu kepada suaminya.

Tanggungjawab Suami terhadap Isteri

1) Memberi mas kahwin (isteri boleh menghalang suaminya dari mensetubuhinya selagi tidak diberikan mas kahwinnya kecuali yang berjanji mas kahwinnya hutang).

2) Memberi nafkah zahir seperti makan, minum, tempat tinggal dan pakaian.

3) Memberi nafkah batin dengan mendidik iman dan taqwa, mengajar ilmu fardhu ain sebagaimana yang terkandung dalam rukun Islam.

4) Menggaul isteri dengan sebaik-baiknya.
Memberi keadilan jika mempunyai ramai isteri.

5)Melindungi mereka dari sebarang kemungkinan bahaya di dunia, mengawasi mereka agar tidak melakukan dosa yang mana perbuatan itu membahayakan mereka di Akhirat.

6) Membantu isteri di waktu susah.

7) Tidak menzalimi isteri dengan menyuruhnya melakukan dosa dan maksiat.

Kewajipan Isteri terhadap suami

– Mentaati atau mematuhi segala perintah atau permintaan suami selama mana perintah atau permintaan itu tidak bertentangan dengan hukum syarak.

– Menguruskan rumahtangga dengan baik supaya menggembirakan hati suami.

– Mendidik anak termasuk anak suami (anak tiri) dan menjaganya dengan sempurna.

– Meminta izin daripada suami apa-apa pekerjaan (bukan wajib) yang hendak dilakukan seperti melakukan puasa sunat, menerima tetamu dan memberitahu suami jika hendak keluar rumah.

– Menjaga maruah diri, suami dan ibu bapa suami.

– Menjaga harta benda suami.

– Jangan menyakiti hati suami dan ibu bapa suami.

– Jangan meminta sesuatu yang suami tidak mampu mengadakannya.

Perceraian

Perceraian adalah suatu yang diharuskan tetapi dibenci oleh Allah. Oleh itu jagalah rukun rumahtangga dengan baik agar tidak berlaku perkara yang boleh membawa perceraian. Berlakunya perceraian kadang-kadang berpunca dari suatu yang remeh-temeh. Ini semua berlaku jika kedua suami isteri tidak mempunyai iman yang kental dan kurang ilmu tasawuf. Iman yang kental akan menjadikan mereka redha dengan ujian yang berlaku ke atas diri mereka, bertenang walaupun dalam kesusahan dan berbagai-bagai lagi. Perkara ini Iebih utama dimiliki oleh suami kerana beliaulah yang akan membimbing isterinya nanti.

Perceraian boleh berlaku hanya dengan:

1) Suami melafazkan ucapan cerai terhadap isterinya walaupun dengan niat bergurau.

2) Suami melafazkan ucapan sindiran yang bererti cerai (seperti keluarlah, pergilah dan lain-lain lagi), dengan diniatkan cerai.

3) Suami tidak memberi nafkah dalam tempuh yang lama sedangkan dia telah meIafazkan ucapan taklik semasa akad nikah dulu, tercerailah dengan sendirinya jika isteri mengadu dengan bukti yang cukup di Mahkamah Syariah.

4) Isteri yang tidak suka kepada sikap suaminya yang zalim boleh mengadu ke Mahkamah Syariah minta difasakhkan atau tebus talak.

Perkahwinan Dan Persoalannya dipost oleh Rahmat Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap