Cara bersuci
  • Save

Cara bersuci

Bagaimanakah cara bersuci dengan betul?

Alat bersuci yang paling utama ialah air. Alat tambahannya ialah batu dan tanah. Penggunaan keduanya terhad untuk sesuatu ketika dan tempat saja. Sedangkan air penggunaannya menyeluruh untuk semua keadaan.

Jenis air:

Air ada tujuh jenis:

1) air hujan
2) air salji
3) air embun
4) air mata air
5) air sungai
6) air laut
7) air telaga (perigi)

Bahagian air

Dan air di atas dapat dibahagikan kepada lima bahagian:

1) Air mutlak: Air yang suci lagi menyucikan.

2) Air mustakmal: Air suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci (air ini adalah air yang telah digunakan untuk wudhuk atau mandi wajib, begitu juga kalau air bersih bercampur dengan air basuhan pertama anggota wudhuk atau mandi).

3) Air mutanajjis: Air yang bercampur najis. Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci.

4) Air mukaiyad: Air suci tidak boleh menyucikan (seperti air mustakmal cuma air ini bercampur dengan benda yang suci).

5) Air musyammas: Air yang terjemur oleh matahari di dalam bekas yang mudah karat. Air ini makruh digunakan untuk bersuci.

Hanya air mutlak saja yang boleh digunakan untuk segala-galanya sama ada untuk mengambil wudhuk, mandi wajib dan menyucikan najis. Manakala air mustakmal tidak boleh digunakan untuk tujuan di atas, yang dibolehkan hanyalah untuk membasuh sesuatu yang bukan najis.

Suri rumahtangga patutlah berhati-hati dalam penggunaan air di atas terutama semasa hendak membasuh sayur, pinggan mangkuk atau pakaian. Kalau tidak berhati-hati ditakuti terguna air mustakmal atau air mutanajjis. Akibatnya nanti benda yang dibasuh itu tidak bersih; kalau sayur tidak bersih akan menjadikan makanan kita tidak bersih, kalau pakaian tidak bersih akan menjadikan solat kita akan terbatal.

Petikan ini dibuat oleh Rahmat Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap