NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA
  • Save

NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA

NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA.

Najis terdapat tiga bahagian:

1) Najis ringan (Mukhaffafah); air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur dua tahun ke bawah. Mereka tidak makan selain dan susu ibu sahaja. Untuk menyucikan najis ini cukup dengan merenjiskan air mutlak ke najis itu sebanyak tiga kali.

2) Najis berat (Mughallazah); anjing, babi dan segala kacukan keduanya. Menyucikan najis ini hendaklah disamak; enam kali basuh dengan air mutlak dan sekali dengan air yang dicampurkan dengan tanah.

3) Najis sederhana (Mutawassitah); selain dari najis-najis di atas semuanya termasuk dalam najis sederhana. Cara menyucikan najis ini hendaklah dengan menghilangkan ain najis itu terlebih dahulu kemudian basuh dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rupanya. Tidak bersih menjadikan sembahyang kita tidak sah.

Ketiga-tiga najis ini kalau boleh dikesan bau, warna dan rupanya dinamakan najis aini. Sebaliknya najis yang tak dapat dikesan bau, warna dan rupanya mungkin kerana terlalu lama atau terlupa tempatnya ia dikira sebagal najis hukmi. Cara menyucikan najis hukmi ini cukup dengan mengalirkan air mutlak ke atas kawasan yang disyaki itu sekali. Sucilah tempat itu.

Petikan ini dibuat oleh Rahmat Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap