merawat imam mahdi
  • Save

MERAWAT IMAM MAHDI

Hati-hati bila orang mengaku Imam Mahdi.

Awal-awal PKP hari tu (sebelum bulan puasa), saya menerima 1 panggilan dari seorang makcik. Dia nak minta tolong berubat anak menakan dia. Dah 6 hari tak tidur. Dok cakap merepek-repek macam orang tak betul. Pastu mengaku diri dia tu IMAM MAHDI pulak.

Saya tanya makcik tu, anak menakan dia ni ada dok pekena dadah tak? Kalau dadah, saya takmau berubat.

2 hari selepas tu, makcik tu telefon balik. Dia kata keluarga pesakit tu dah bawak pesakit tu pi balai polis buat urin test. OK ja. (takdak sangkut). Pastu dia minta saya pi rumah pesakit di Kampung ********.

Saya habag, saya boleh pi berubat kat sana dengan syarat pesakit tu sendiri setuju nak berubat. Kalau dia takmau, saya pun takmau pi sana. Satgi dok jadi drama (bertengkar) pulak. Lepas pada tu, makcik tu telefon saya balik, kata pesakit tu setuju nak berubat dengan saya.

Petang tu, dalam pukul 3 saya pun bertolak la ke rumah pesakit. Dalam perjalanan nak ke sana tu, hujan punyalah lebat. Siap ada ribut lagi. Alhamdulillah saya boleh sampai sana dengan selamat.

Dah masuk dalam rumah pesakit tu, selepas bersembang sikit-sikit dengan keluarga pesakit, saya pun terus mulakan rawatan. Alhamdulillah semasa buat rawatan, pesakit tak jadi kerasukan Jin. Jadi, senang sikitlah kerja saya.

Lepas selesai sesi rawatan, saya pun duduk bersembang dengan pesakit. Nampak mood dia pun dah OK sikit dari sebelum sesi rawatan. Sebelum berubat, dia banyak berdiam. Kita nak bersembang dengan dia pun naik risau. Takut dia naik angin pulak satgi bila kita dok tanya-tanya dia. Tapi selepas buat rawatan, rupa-rupanya pesakit ni jenis peramah (cakap pandai. Tapi banyak yang merepek la)

Saya pun tanya pesakit tu, abang ada menuntut (ILMU) kat mana-mana ka sebelum ni. Dia kata, dia takdak belajar kat mana-mana pun. Cuma dia rajin dok tengok You Tube video-video ceramah agama. Saya minta dia sebutkan nama Ustaz-ustaz yang dia selalu dok tengok dekat You Tube tu. Dia pun sebut la nama beberapa orang Ustaz tu. Kebanyakannya memang OK la. (ASWAJA, Bukan Ustaz WAHABI). Cuma saya pesan kat dia, Video sorang Sheikh dari luar Negara, yang selalu buat video sesi berdialog dengan Jin melalui pesakit yang kerasukan (mediumisasi), tu Abang Tak payah tengoklah. Alasan saya, Jin ni kuat menipu. Sheikh ni pulak pi rakam perbualan dengan Jin tu. Dengan kita-kita sekali yang tengok video tu pun kena tipu dengan Jin tu. (SAYA SEBENARNYA TAKUT DIA TERPENGARUH JA, DENGAN CERITA-CERITA ALAM JIN NI. TU YANG SAMPAI BOLEH MENGAKU DIRI JADI IMAM MAHDI TU)

Lepas dah siap sesi rawatan, keluarga pesakit ada la buat sedikit jamuan makan dekat saya. Dah siap makan, saya pun minta diri nak balik la.

Selepas beberapa bulan (baru-baru ni), makcik tu telefon saya pulak. Nak minta tolong berubat orang lain pulak. Saya pun tanya la dia balik pasai pesakit yang mengaku IMAM MAHDI tu. Makcik tu kata, Alhamdulillah la, lepas berubat dengan saya haritu, dia (pesakit) dah boleh tidur. Sebelum tu 6 hari dia tak tidur. Sampai mak bapak dia pun naik risau (serabut) dengan perangai dia. La ni dia dah jadi manusia yang NORMAL dah. Bercakap pun dah tak merepek-repek lagi.

ALHAMDULILLAH.

Post by: Rahmat Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap