TABBARUK DENGAN NABI MUHAMMAD SAW
  • Save

TABBARUK DENGAN NABI MUHAMMAD SAW

TABBARUK DENGAN NABI MUHAMMAD SAW.

Termasuk tabarruk yang diizinkan oleh Allah s.w.t adalah bertabarruk dengan Nabi Muhammad s.a.w. Tabarruk dengan beliau, meliputi dua hal: Tabarruk dengan sunnah-sunnah (ajaran) beliau s.a.w.

Tabarruk jenis pertama ini terwujud dengan mengamalkan ajaran beliau dengan penuh keikhlasan, mengharapkan wajah Allah s.w.t. Jenis pertama ini telah kita sebutkan dalam pembahasan tabarruk yang disyariatkan. Tabarruk dengan jasad Nabi s.a.w dan apa yang keluar dari tubuh beliau. Contohnya, rambut Rasulullah s.a.w, keringat, ludah, dan sisa air wudhu beliau, atau apa yang beliau pakai berupa pakaian, cincin, dan semisalnya.

Tabarruk jenis yang kedua ini juga disyariatkan sebagaimana ditunjukkan oleh dalil. Tabarruk jenis ini dilakukan oleh para sahabat di masa hidup Rasulullah s.a.w dan setelah wafat beliau, dengan izin dari Rasulullah s.a.w. Tabarruk ini dilakukan pula oleh sebahagian tabi’in yang masih mendapatkan sisa-sisa dari tubuh Rasulullah s.a.w, seperti rambut beliau s.a.w. Merekalah generasi yang mungkin mendapatkan sisa air wudhu Rasulullah s.a.w, rambut Rasulullah s.a.w, air ludah. Rasulullah s.a.w, dan semisalnya. Tabarruk para sahabat dengan jasad Rasulullah s.a.w termasuk tabarruk yang disyariatkan dan diizinkan oleh syariat. Hanya saja, harus kita ingat bahwa tabarruk yang seperti ini adalah kekhususan Rasulullah s.a.w.
Hakikat Tabarruk Para Sahabat radhiAllahu ‘anhum dengan Jasad Nabi s.a.w.

Para sahabat meyakini sepenuhnya bahwa barakah hanya dari Allah s.w.t, bukan dari Rasulullah s.a.w. Keyakinan ini sangat menancap pada diri mereka radhiAllahu ‘anhum, sebagai generasi yang paling sempurna akidahnya dan generasi terbaik dari umat ini. Tidak henti-hentinya Rasulullah s.a.w mengingatkan akidah yang pasti ini. Di hari Hudaibiyah saat air keluar deras dari jari-jemari Rasulullah, beliau bersabda,

الْبَرَكَةُ مِنَ اللهِ

“Barakah dari Allah.”

Berdasarkan hal ini, Anda harus mengerti bahwa tindakan para sahabat meminum sisa air Rasul, mengusapkan ludah Rasul pada wajah dan tubuh mereka, bukan kerana keyakinan mereka bahwa Rasulullah s.a.w mampu memberi manfaat atau menolak mudarat. Tidak, demi Allah! Mereka semata-mata melakukan apa yang diizinkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya, tanpa ada ketergantungan pada selain Allah s.w.t.

Disebutkan oleh riwayat-riwayat yang sahih bahwa para sahabat bertabarruk dengan meminum sisa air minum Rasulullah s.a.w, atau mengambil sisa air wudhu beliau, ludah, dan keringat beliau. Mereka juga bertabarruk dengan memakai apa yang pernah dipakai oleh Rasulullah s.a.w, seperti cincin beliau.
Semua yang mereka tempuh adalah sebab yang diizinkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Perhatikan kisah berikut:

دَخَلَ عَلَيْنَا النَّبِيُّ فَقَالَ عِِنْدَنَا فَعَرَقَ وَجَاءَتْ أُمِّي بِقَارُورَةٍ فَجَعَلَتْ تُسَلِّتُ الْعَرَقَ فِيهَا فَاسْتَيْقَظَ فَقَالَ: يَا أُمَّ سُلَيْمٍ، مَا هَذَا الَّذِي تَصْنَعِينَ؟ قَالَتْ: هَذَا عَرَقُكَ نَجْعَلَهُ فِي طِيْبِنَا وَهُوَ مِنَ أَطْيَبِ الطِّيبِ

Anas berkata, “Suatu saat, Nabi s.a.w masuk ke tempat kami, lalu beliau tidur siang. Beliau berkeringat ketika itu. Kemudian ibuku mengambil botol dan mengumpulkan keringat itu di dalamnya. Nabi s.a.w terbangun dan bertanya, ‘Wahai Ummu Sulaim, apa yang sedang engkau lakukan ini?’ Dijawab, ‘Ini adalah keringatmu yang akan kami campur dalam minyak wangi kami, dan itu adalah minyak wangi terbaik’.”

Dalam sebahagian riwayat, Rasulullah bertanya, “Apa yang sedang engkau perbuat?” Ummu Sulaim menjawab,

نَرْجُو بَرَكَتَهُ لِصِبْيَانِنَا. فَقَالَ: أَصَبْتِ

“Kami mengharap mendapatkan barakah keringat ini untuk anak-anak kami.” Rasul pun berkata, “Engkau benar.”

Dalam sebuah riwayat, Abu Musa radhiAllahu ‘anhu berkata, “Rasulullah meminta didatangkan bejana berisi air. Beliau mencuci dua tangan dan wajahnya dalam bejana itu, lalu berkumur dan menyemburkan air ke dalamnya. Lalu beliau bersabda kepada keduanya, ‘Minumlah air dalam bejana ini, tuangkan pada wajah kalian berdua, dan siramkan pada tubuh kalian’.”[1]

Sabda Rasulullah s.a.w kepada Ummu Sulaim r.a, “Engkau benar.”; demikian pula perintah beliau kepada sahabat untuk meminum air yang telah tercampur dengan air kumur beliau, menunjukkan bahwa perbuatan ini (yakni tabarruk para sahabat dengan keringat, sisa wudhu, dan peninggalan Rasulullah s.a.w, seperti cincin beliau) diizinkan oleh Allah s.w.t.

Allah s.w.t menjadikan jasad dan sisa Rasulullah s.a.w diberkahi. Allah s.w.t menjadikan meminum sisa atau menyentuh tubuh Rasul sebagai sebab barakah dari-Nya s.w.t. Jadi, jelaslah bahwa perbuatan para sahabat yang bertabarruk dengan jasad Rasulullah s.a.w adalah disyariatkan.

Riwayat Tabarruk Sahabat dengan Jasad dan Peninggalan Rasulullah s.a.w.

Setelah kita mengetahui hakikat tabarruk para sahabat dengan jasad dan peninggalan Rasulullah s.a.w, mari kita baca bersama beberapa riwayat yang menunjukkan hal tersebut. Di antara riwayat yang sampai kepada kita adalah tabarruk para sahabat dengan ludah dan sisa air wudhu Rasulullah s.a.w.
Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari hadits Anas bin Malik r.a,

فَوَاللهِ مَا تَنَخَّمَ رَسُولُ اللهِ نُخَامَةً إِلَّا وَقَعَت فِي كَفِّ رَجُلٍ مِنْهُمْ فَدَلَكَ بِهَا وَجْهَهُ وَجِلْدَهُ وَإِذَا أَمَرَهُمْ ابْتَدَرُوا أَمْرَهُ، وَإِذَا تَوَضَّأَ كَادُو يَقْتَتِلُونَ عَلَى وَضُوئِهِ

“… Demi Allah, tidaklah Rasulullah s.a.w meludah, melainkan ludah itu pasti jatuh pada telapak tangan salah seorang sahabat (yang berhasil mendapatkannya) lalu ia usapkan ludah tersebut pada wajah dan kulit (jasad) nya. Jika Rasulullah memerintahkan sesuatu, para sahabat berkumpul untuk menjalankan perintahnya. Apabila beliau berwudhu para sahabat hampir-hampir berperang (yakni berdesakan dan berebut) mendapatkan sisa wudhu beliau.” (HR. Ahmad no. 18166)

Hadits ini menunjukkan bahwa para sahabat bersemangat mendapatkan ludah Rasulullah s.a.w, lalu mereka usapkan pada wajah dan badan. Hal ini mereka lakukan tidak lain kerana keyakinan bahwa ludah Rasulullah s.a.w diberkahi oleh Allah s.w.t dan mengusapkannya menjadi sebab Allah s.w.t memberkahi mereka. Dari Abu Juhaifah r.a, ia berkata,

خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللهِ بِالْهَاجِرَةِ فَأُتِيَ بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَجَعَلَ النَّاسُ يَأْخُذُونَ مِنْ فَضْلِ وَضَوئِهِ فَيَتَمَسَّحُونَ بِهِ فَصَلَّى النَّبِيُّ الظُّهْرَ رَكْعَتَيْنِ وَالْعَصْرَ رَكْعَتَيْنِ وَبَيْنَ يَدَيْهِ عَنَزَةٌ

“Rasulullah s.a.w mendatangi kami saat hari panas terik. Air wudhu disiapkan untuk beliau. Seusai wudhu mulailah manusia mengambil sisa wudhu beliau dan mereka usap-usapkan (pada jasad mereka). Kemudian beliau solat zhuhur dua rakaat dan ashar dua rakaat. Beliau solat menghadap sebuah tombak kecil.”

Muhammad ibnul Munkadir mengatakan bahwa dia mendengar Jabir r.a berkata,

جَاءَ رَسُولُ اللهِ يَعُودُنِي وَأَنَا مَرِيضٌ لاَ أَعْقِلُ فَتَوَضَّأَ وَصَبَّ عَلَيَّ مِنْ وَضُوئِهِ فَعَقِلْتُ، فَقُلْتُ: ياَ رَسُولَ اللهِ، لِمَنِ الْمِيرَاثُ، إِنَّمَا يَرِثُنِي كَلَالَةٌ؟ فَنَزَلَتْ آيَةُ الْفَرَائِضِ

Rasulullah s.a.w menjengukku saat aku sakit dan hilang kesadaranku. Beliau berwudhu lalu beliau kucurkan padaku dari sisa air wudhu beliau. Aku pun tersadar. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, untuk siapakah harta warisan itu (seandainya aku mati) dan aku tidak memiliki orang tua dan anak-anak (kalalah)?” Turunlah ayat-ayat tentang waris. (HR. al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, Bab “Shabbu an-Nabi Wadhu’ahu” no. 187)

Nabi s.a.w menggunakan air liur beliau untuk mengobati penyakit. Beliau mencampur air liur beliau dengan sedikit tanah dan diiringi doa,

بِسْم اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

“Dengan nama Allah s.w.t, tanah dari bumi kita, dengan air liur sebahagian dari kita, (dengan sebab itu) akan disembuhkan penyakit kita dengan izin Rabb kita.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Dalil lain yang menunjukkan disyariatkan tabarruk dengan ludah Rasulullah s.a.w adalah apa yang diriwayatkan oleh ulama ahlul hadits bahwa beliau pernah memerintah sahabat untuk membawa bayi mereka yang baru lahir, lalu beliau s.a.w membacakan doa dan memasukkan ludah beliau ke dalam mulut bayi-bayi itu.

Riwayat Tabarruk Sahabat rr.a dengan Rambut dan Kuku Nabi s.a.w. Di masa hidup Rasulullah s.a.w, beliau pernah membagi-bagikan rambut beliau kepada para sahabat. Anas berkata, “Nabi s.a.w melempar batu di al-Jamra, kemudian berkurban, dan menyuruh seorang tukang cukur untuk mencukur rambut beliau di bahagian kanan lebih dulu, lalu memberikan rambut tersebut pada orang-orang.” ( HR. Muslim). Kata Anas, “Thalhah adalah orang yang membagi-bagikannya.” ( HR. Muslim, at–Tirmidzi, dan Abu Dawud).

Anas s.a.w berkata pula, “Ketika Rasulullah s.a.w mencukur kepalanya (setelah haji), Abu Thalhah adalah orang pertama yang mengambil rambutnya.” (HR. al-Bukhari). Anas berkata, “Saat mencukur rambut kepala di Mina, Rasulullah s.a.w memberikan rambut sisi kanan kepala beliau dan bersabda, ‘Anas, bawa ini ke Ummu Sulaim (ibu Anas).’ Ketika para sahabat radhiAllahu ‘anhum melihat apa yang Rasulullah s.a.w berikan pada kami, mereka berebut mengambil rambut s.a.w sisi kiri kepala beliau s.a.w. Setiap orang mendapat bahagiannya masing-masing.” (HR. Ahmad).

Rambut yang dibagi-bagikan oleh Rasulullah s.a.w mereka simpan hingga wafat Rasulullah s.a.w. Ibnus Sakan meriwayatkan melalui Shafwan ibnu Hubairah, dari ayahnya bahwa Tsabit al-Bunani berkata, “Anas bin Malik berkata kepadaku (menjelang wafatnya), ‘Ini adalah sehelai rambut Rasulullah s.a.w. Aku ingin kau menempatkannya di bawah lidahku’.

Tsabit melanjutkan, “Aku menaruhnya di bawah lidahnya. Dia (Anas) dikubur dengan rambut itu berada di bawah lidahnya.”

Ibnu Abi Zaid al-Qairawani meriwayatkan bahwa al-Imam Malik berkata, “Khalid ibnul Walid memiliki sebuah peci berisi beberapa helai rambut Rasulullah s.a.w, dan itulah yang dia pakai pada Perang Yarmuk.”

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dari ‘Utsman bin Abdillah bin Mauhab berkata,

أَرْسَلَنِي أَهْلِي إِلَى أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِ بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ وَقَبَضَ إِسْرَائِيلُ ثَلَاثَ أَصَابِع وَكَانَ مِنْ قُصَّةٍ فِيهِ شَعْرٌ مِنْ شَعْرِ النَّبِيِ إِذَا أَصَابَ الْإِنْسَانَ عَيْنٌ أَوْ شَيْءٌ بَعَث إِلَيْهَا مِخْضَبَهُ فَاطَّلَعْتُ فِي الْجُلْجُلِ فَرَأَيْت شَعَرَاتٍ حُمْرًا

“Keluargaku mengutusku membawa sewadah air untuk Ummu Salamah, istri Nabi s.a.w.” (Israil (perawi hadits) menggenggam tiga jarinya (mengisyaratkan) ukuran wadah yang berisi beberapa helai rambut dari rambut-rambut Nabi s.a.w.)

Utsman melanjutkan, “Jika seseorang sakit kerana ‘ain atau penyakit lainnya, dia akan mengirimkan suatu wadah berisi air ke Ummu Salamah. Aku melihat ke wadah dan aku melihat beberapa helai rambut kemerahan.”

Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (10/353) mengatakan, “Mereka biasa menyebut botol perak tempat menyimpan rambut Nabi s.a.w itu sebagai juljul. Botol itu disimpan di rumah Ummu Salamah r.ha.”

Al-‘Aini dalam kitabnya ‘Umdatu al-Qari (18/79) berkata, “Ummu Salamah memiliki beberapa helai rambut Nabi s.a.w dalam sebuah botol perak. Jika orang jatuh sakit, mereka akan pergi dan bertabarruk dengan rambut-rambut (Rasulullah s.a.w) tersebut (yakni dengan mengalirkan air kepada rambut Rasulullah s.a.w dan meminumnya –pen.) dan mereka sembuh dengan sebab itu….”

Rambut Rasulullah s.a.w sangat berharga di hadapan para sahabat dan salaf umat ini, kerana rambut beliau tidak sama dengan rambut umatnya. Rambut beliau mubarak (diberkahi oleh Allah s.w.t) dan disyariatkan bertabarruk dengannya.

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dengan sanadnya hingga Ibnu Sirin, ia berkata kepada ‘Abidah, “Aku memiliki beberapa helai rambut Nabi s.a.w yang kami peroleh dari Anas—atau keluarga Anas. ‘Abidah berkata,

لَأَنْ تَكُونَ عِنْدِي شَعْرَةٌ مِنْهُ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

“Sungguh, aku memiliki sehelai dari Rambut Rasulullah s.a.w lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya.”

Dalam riwayat al-Isma’ili dikatakan,

أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ كُلِ صَفْرَاءَ وَبَيْضَاءَ

“Lebih aku cintai dari semua emas dan perak.”

Adapun tentang kuku-kuku Rasulullah s.a.w, al-Imam Ahmad bin Hanbal asy-Syaibani rah meriwayatkan dalam Musnad-nya (4/42) dari Yahya bin Abi Katsir, dari Abu Salamah, dari Muhammad bin Abdillah bin Zaid, dari ayahnya yang mengisahkan bahwa Nabi s.a.w memotong kukunya dan membagikannya ke orang-orang.

Demikian beberapa riwayat sahih yang menunjukkan tabarruk para sahabat dan salaf umat ini dengan jasad Rasulullah s.a.w di samping sekian banyak riwayat yang lain. Telah kita sebutkan pula riwayat yang sahih dari Anas bin Malik bahwa Ummu Sulaim mengambil keringat Rasulullah s.a.w untuk bertabarruk dengan keringat tersebut. Sebahagian riwayat ini insya Allah sudah mencukupi.

Masih Adakah Bahagian Jasad Rasul yang Tersisa? Seandainya saat ini masih tersisa bahagian jasad Rasulullah s.a.w, seperti rambut, atau sesuatu yang pernah beliau pakai, seperti cincin dan pedang, niscaya diperbolehkan bagi umat ini bertabarruk dengan peninggalan tersebut. Akan tetapi, masih adakah peninggalan beliau s.a.w yang tersisa, yang kita disyariatkan bertabarruk dengannya, seperti baju, senjata, rambut, atau kuku? WAllahualam.

Petikan ini dibuat oleh Rahmat Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap