Sembahyang Fardhu
  • Save

SEMBAHYANG FARDHU

Sembahyang Fardhu

Setiap individu Islam tidak boleh terlepas dari kewajipan sembahyang. Di waktu sakit pun diwajibkan sembahyang betapalah di waktu sihat. Di waktu perang pun diwajibkan sembahyang betapalah di waktu aman. Cuma cara sembahyang agak Iebih mudah di waktu sakit dan perang daripada waktu sihat dan aman. Sembahyang yang wajib kita lakukan ialah:

1) Zohor: empat rakaat
2) Asar: empat rakaat
3) Maghrib: tiga rakaat
4) Isyak: empat rakaat
5) Subuh: dua rakaat

WAKTU SEMBAHYANG:

1) Zohor : Daripada gelincir matahari hingga bayang suatu yang tegak Iebih panjang sedikit.

2) Asar : Dan bayang yang Iebih panjang itu hingga masuk matahari.

3) Maghrib : Dan masuk matahari hingga hilang mega merah.

4) Isyak : Dan hilang mega merah hingga terbit fajar sodiq.

5) Subuh : Dan terbit fajar sodiq hingga terbit matahari.

RUKUN SEMBAHYANG:

Terdapat 13 rukun sembahyang:

1) Niat : Gerak hati ingin melakukan sembahyang. Niatnya (contoh): Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor empat rakaat kerana Allah taala.

2) Takbiratul ihram : Lafaznya “Allahu Akbar”, tidak boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Semasa menyebut Allahu Akbar di situlah niat sembahyang dilakukan.

3) Berdiri betul bagi yang berkuasa berdiri.

4) Membaca Al-Fatihah.

5) Rukuk serta thomakninah : Tangan diletakkan di atas lutut sekira-kira bongkokannya sebanyak 90 darjah.

6) lktidal serta thomakninah : Membetulkan semula sebagaimana berdiri betul Sebelumnya.

7) Sujud serta thomakninah : Dahi dan hidung diletakkan di atas bumi (lantai) tanpa berlapik dengan rambut atau kain serban atau kain telekong.

Anggota sujud:
– dahi
– dua tapak tangan
– dua lutut
– dua perut jari kaki

8 ) Duduk di antara dua sujud.

9) Duduk tahiyat akhir.

10) Baca tahiyat akhir.

11) Baca selawat ke atas Nabi.

12) Beri salam yang pertama.

13) Tertib.

Bacaan Penting dalam Sembahyang:

1. Al Fatihah:

2. Doa Iftitah:

3. Doa Qunut:

4. Bacaan Tahiyat awal dan akhir:

Keempat-empat bacaan ini terutamanya bacaan Al-Fatihah hendaklah dibaca dengan betul mengikut sebutan Arab yang fasih. Untuk itu hendaklah belajar bacaannya dengan berguru. Guru yang dimaksudkan itu ialah guru Al-Quran atau guru tajweed.

Sembahyang ini tidak boleh dipandang ringan oleh orang Islam. Sembahyang telah diibaratkan oleh Rasulullah sebagai tiang agama, di mana agama akan musnah, tidak ada satu tiangnya. Oleh itu sembahyang mesti ditegakkan betul-betul supaya dengan itu agama pada diri kita dan umumnya akan tertegak indah.

Dalam melakukan sembahyang kita dikenakan berbagai disiplin yang ketat agar kita menjadi orang yang berdisiplin di luar sembahyang, semoga dengan itu terlaksanalah disiplin Islam keseluruhannya. Buktinya firman Allah:

(ٱتۡلُ مَاۤ أُوحِیَ إِلَیۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ)

Ertinya :
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-‘Ankabuut:45)

Ertinya orang yang sembahyang dengan penuh disiplin akan membiasakan dirinya agar tidak melakukan kemungkaran di luar sembahyang nanti. Di sini dapat kita faham bahawa disiplin dalam sembahyang itu bukan sekadar sembahyang saja malah ia merupakan titik tolak untuk kita mematuhi peraturan atau disiplin yang lebih besar lagi di luar sembahyang.

Di antara misi dalam sembahyang ialah:

1. Sembahyang ada waktu yang ditetapkan, Rasulullah lebih suka sembahyang di awal waktu. Ini sebagai latihan untuk kita menepati waktu.

2. Orang sembahyang mesti dalam keadaan bersih. Ini bererti setiap orang Islam mesti dalam keadaan bersih selalu.

3. Dalam sembahyang tidak boleh bercakap. Ini memberitahu kita bahawa bercakap perkara yang tidak berfaedah tidak dibenarkan dalam Islam.

4. Tidak boleh makan semasa sembahyang. Ini menggambarkan bahawa Islam sungguh berhati-hati dalam soal makanan, makanan yang syubahat lebih-lebih lagi yang haram hendaklah dijauhi.

5. Aurat hendaklah ditutup. Aurat lelaki hanya di antara pusat dan lutut, manakala aurat perempuan seluruh tubuhnya kecuaIi muka dan tangan sekadar pergelangan tangan. Ini adalah aurat di waktu sembahyang.

Aurat lelaki, sungguhpun ditentukan di antara pusat dan lutut saja bukan bermakna dibolehkan tidak memakai baju ketika sembahyang. Itu sebenarnya adalah had terakhir untuk waktu kecemasan bagi mereka yang tiada pakaian kerana hal-hal tertentu. Di zaman kita kini sungguh tidak patut bersembahyang tanpa memakai baju kerana semiskin-miskin orang kita masih ada baju. Umat Islam sepatutnya berpakaian cantik dan indah ketika berhadapan dengan Allah.

AURAT DI LUAR SEMBAHYANG

Aurat Lelaki:

1. Seorang diri : menutupi kemaluannya sama ada hadapan atau belakang.

2. Bersama mahram : di antara pusat dan lutut.

3. Bersama bukan mahram : seluruh tubuhnya. Cuma tangan, kaki dan kepala (muka) tidak perlu ditutup seperti perempuan kerana lelaki gelanggang kerjanya banyak di luar rumah.

Aurat Perempuan:

1. Seorang diri atau bersama Muslimah atau bersama mahram : di antara pusat dan lutut.

2. Bersama perempuan kafir/bukan Islam: seluruh tubuhnya kecuali yang zahir kerana keperluan semasa kerja.

3. Bersama yang bukan mahram : seluruh badannya. Cuma di waktu dunia (masyarakatnya) bebas dari fitnah bolehlah mereka membuka muka dan tangan sekadar pergelangan. Fitnah di sini bererti keadaan nafsu manusia yang susah hendak dikawal. Dunia ketika itu mudah berlaku pembunuhan, perogolan, penzinaan dan bermacam-macam lagi penganiayaan khususnya terhadap perempuan.

4. Bersama suami : Tidak ada batas aurat.

Aurat sebenarnya adalah suatu yang menjadi aib pada diri seseorang, maka Sepatutnya semua manusia di dunia merasa malu kalau keaiban pada dirinya dilihat orang. Orang Islam mesti bersifat malu walaupun dengan kaum sejenisnya kerana malu adalah sifat orang yang beriman.

Rasulullah bersabda:

Terjemahannya: Malu sebahagian dari iman

Rasulullah seterusnya menempelak dengan sabdanya:

Terjemahannya: Jika kamu tidak malu buatlah apa yang kamu suka.

(Riwayat: Al-Bukhari)

Sembahyang Fardhu dipost oleh Rahmat Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap